Penyalahgunaan
Teknologi dalam Kalangan Belia
Dalam
era globalisasi ini, pelbagai bentuk perhubungan melalui talian diwujudkan
seperti Facebook, Twitter, Myspace, Youtube dan Yahoo menjadikan Malaysia
sebagai pengguna kelima tertinggi di Asia Pasifik. Ini memang tidak dapat
dinafikan bahawa teknologi telah membawa suatu perubahan dalam kehidupan
masyarakat. Kemunculan teknologi telah membawa banyak manfaat kepada belia
sekarang untuk mencari informasi, mendapat maklumat, pendidikan, berinteraksi
dan menwujudkan budaya celik computer di kalangan belia. Selain itu, kemajuan
teknologi juga dapat membantu mereka melakukan e-tranksasi kerajaan,
membeli-belah dan melakukan perkhidmatan awam serta urus niaga yang membabitkan
kewangan. Dari sudut pandangan yang lain, kecanggihan teknologi juga boleh
menimbulkan masalah sosial disebabkan penyalahgunaan teknologi di kalangan
belia. Apakah masalah sosial yang mungkin ditimbulkan dalam kalangan belia
akibat daripada penyalahgunaan teknologi yang canggih? Apakah implikasi kepada
masyarakat dan negara jika belia menyalahgunakan teknologi? Akhirnya, kita
perlu salah teknologi atau salah belia yang membawa gejala sosial di negara
kita?
Penyalahgunaan teknologi bukan
sahaja berlaku di negara kita sahaja, tetapi juga berlaku di seluruh dunia.
Tindakan penyalahgunaan teknologi ini menunjukkan bahawa pengguna tidak dapat
mengawal tingkah laku sendiri apabila mereka menggunakan atau mengaplikasikan
teknologi. Salah satu penyalahgunaan teknologi ialah jenayah siber. Menurut
kajian yang dilakukan oleh Mazlan Osman dan Amri Abdul Rahman dari UiTM,
jenayah siber merujuk kepada aktiviti
jenayah yang berkaitan dengan teknologi dan komputer menerusi Internet. Menurut
kajian tersebut juga, pengguna Internet melakukan pelbagai jenis jenayah siber
seperti penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data
komputer, kecurian maklumat, capaian secara tidak sah ke atas sistem, menyalin
perisian secara tidak sah, pengintipan, judi siber, skim cepat kaya,
pornografi, penggodam, penyebaran virus dan mel spam. Untuk mengenalpasti kadar
jenayah siber di Malaysia, Berita Harian Online (22 May 2012) telah melaporkan
bahawa kadar jenayah siber telah meningkat sehingga 88 peratus pada tahun 2011
berbanding dengan pada tahun yang sebelumnya yang hanya mencatat 8090 kes
jenayah siber.
Dalam era globalisasi ini,
kecanggihan teknologi seperti internet telah menyebabkan kewujudan penggodam
yang banyaknya terdiri daripada golongan belia. Menurut kepada Christoper
Harper, penggodaman merujuk kepada sesuatu ancaman siber yang mengakses laman
web dengan mencuri maklumat peribadi orang lain (Harper, 2002). Penggodam dan
pengganas siber yang bersikap sesuka hati juga memusnahkan data dan mengubah
sistem komputer. Mereka juga boleh menggunakan internet untuk mencuri maklumat
sulit yang dimiliki oleh individu, syarikat dan organisasi dan memperoleh
keuntungan melalui cara penjualan kepada pihak pesaing. Tambahan pula, ancaman siber itu bukan saja berlaku
ke atas laman web kerajaan kita seperti www.malaysia.gov.my. , manakala laman web milik Agensi Perisikan Pusat (CIA),
Amerika Syarikat turut diserang oleh penggodam (Berita Harian Online,17 June
2011). Ini bermaksud masalah pencerobohan laman web berlaku di mana-mana tempat
tanpa mengira negara yang maju atau negara yang sedang membangun. Jadi,
kerjasama ke atas negara antara negara yang lain atau negara antara rakyat amat
diperlukan untuk mengurangkan kes jenayah penggodam ini. Selain itu, kerajaan
juga memainkan peranan penting dalam pencegahan kes-kes penggodaman di negara.
Berdasarkan Utusan Online (11 June 2011), Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengatakan bahawa Malaysia perlu
menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi
maklumat supaya negara kita tidak akan
terdedah oleh penggodaman yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini demikian
kerana kesan penggodaman akan membawa kemusnahan ekonomi negara kita serta
maklumat-maklumat sulit negara dapat disebarkan kepada nega-negara lain.
Keadaan negara akan bertambah teruk jika maklumat-maklumat yang sulit terhadap
negara kita diggodamkan oleh negara musuh melalui teknologi internet. Adakah
kecanggihan teknologi maklumat mempunyai kuasa atau kemampuan untuk memusnahkan
sesebuah negara jika teknologi disalahgunakan? Tepuk dada tanya selera.
Dalam era kecanggihan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT), bahan-bahan
pornografi juga mudah diperolehi melalui pengaksesan internet dan laman
web. Sebelum ini, cara mendapatkan bahan-bahan tersebut adalah melalui
teknologi dari mesin cetak seperti foto, gambar dan majalah seperti Playboy.
Selain daripada itu, bahan-bahan lucah juga disebarkan melalui pita video dan
cakera padat (VCD). Manakala kewujudan internet yang akibat daripada
perkembangan teknologi maklumat telah menyebabkan bahan pornografi tersebar
dengan cepat. Hal ini demikian kerana kini ratusan ribuan laman web mengalami
kebanjiran bahan pornografi dan video lucah mudah diakses melalui komputer dan
telefon mudah alih. Menurut Dr. Sidek Baba, mereka yang menonton bahan-bahan
lucah adalah untuk mengisi kesunyian mereka. Amalan menonton video lucah akan
menimbulkan ketagihan belia kerana mereka merupakan golongan yang menpunyai
rasa keinginan mencuba yang tinggi. Selain internet, amalan menonton video
lucah dalam kalangan belia juga didorongi oleh filem-filem dan program-program
televisyen yang mengandungi unsur-unsur lucah atau erotik. Menurut seorang
pakar Psikologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mereka akan
melahirkan fantasi seksual ciptaan sendiri apabila mereka menonton video
tersebut melalui internet. Adegan-adegan yang dipaparkan melalui video di
internet dan televisyen akan menyebabkan belia meniru dan menpraktikkan adegan
atau aksi yang dilakukan oleh pelakon dan ini seterusnya menyumbangkan
berlakunya masalah sosial. Keseronokan menonton bahan lucah akan mendorong
seseorang gila seks sehingga menyebabkan berlakunya jenayah seks seperti kes
perzinaan, rogol dan sumbang mahram serta menyumbangkan isu pembuangan bayi
atau anak luar nikah.
Tambahan pula, kemajuan teknologi
seperti kamera dengan resolusi tinggi HD pada telefon pintar telah mewujudkan
aktiviti rakaman video lucah dalam kalangan belia. Bukan sahaja ini, telefon
bimbit yang berteknologi 3G yang menpunyai fungsi untuk menghantar dan menerima
klip video yang berunsur lucah. Jadi, teknologi yang semakin maju ini telah
meningkatkan kadar pendedahan kalangan belia terhadap bahan pornografi. Menurut
Azli Paat, Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP),
kebanyakkan klip 3gp yang memaparkan aksi lucah pasangan remaja dirakam
menggunakan telefon bimbit telah menjadi bahan hiburan dalam kalangan belia
kerana fail 3gp lebih mudah dirakam, dirakam dan disebarkan. Lebih teruk lagi,
rakaman tersebut juga boleh dimuat naik ke internet selain penyebaran melalui
telefon bimbit. Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pelajar Malaysia yang
jurusan undang-undang yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of
Singapore (NUS) memuat naik gambar dan video aksi lucah yang bersama teman
wanitnya dalam blog mereka (Utusan Online,19 Oktober 2012). Rakaman aksi seks
dengan menggunakan telefon bimbit atau kamera web telah menjadi stau trend
dalam era teknologi hari ini. Justeru itu, kita perlu salahkan mereka ataupun kita perlu salahkan teknologi yang
menyumbangkan trend ini?
Kewujudan teknologi canggih ini
juga mempengaruhi perubahan sosial budaya.
Hal ini demikian kerana kesalahgunaan teknologi telah meyebabkan
kewujudan budaya plagiarism atau amalan 'copy dan paste' yang semakin serius
dan merebak di kalangan mahaiswa-mahasiswi universiti. Menurut
Maharam Mamat, budaya plagiarism boleh dimaksudkan seseorang telah
menggunakan idea orang lain tanpa ada rujukan atau penghargaan kepada penulis
asal serta megambil hak cipta orang lain
menjadi hak persendirian. Sebagai
contoh, golongan belia telah
menyalahgunakan teknologi sebagai satu
cara untuk memudahkan dan menyiapkan kerja sekolah dan assignment mereka dengan meniru, menciplak dan 'copy dan paste' maklumat dan hasil kerja
orang lain melalui internet. Adakah budaya plagiarism sudah wujud sebelum
kewujudan teknologi internet? Menurut
Maharam Mamat, kewujudan teknologi internet telah mempengaruhi budaya
ilmu dalam kalangan belia, iaitu dari mengambil buku rujukan akademik atau
jurnal sebagai rujukan untuk mendapatkan maklumat dalam persiapan tugasan
mereka kepada menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan sumber-sumber
untuk menyiapkan tugasan mereka. Sebagai contoh, menurut Imran Shamsir, budaya
plagiarism biasa berlaku dalam kalangan belia kerana mereka mudah mendapat
maklumat dan sumber melalui kewujudan medium internet dengan cara menaip sahaja
apa bahan yang hendak dicari di enjin carian "Google" atau
"Yahoo" dan 'copy paste'
maklumat dalam laman web yang berkenaan sahaja. Budaya plagiarism ini
merupakan jenayah akademik. Pihak
universiti perlulah bertanggungjawab dan berusaha mencegah gejala plagiarisme
yang berlaku semakin menular di universiti.
Selain itu, penyalahgunaan teknologi
canggih di kalangan belia juga akan menyebabkan imej negara terjejas dan
tercemar. Jadi, belia-belia haruslah pandai menggunakan teknologi komunikasi
dan jangan menjadikan teknologi komunikasi menjadikan satu alat yang
menghancurkan imej negara. Di samping itu, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia juga menubuhkan satu unit khas yang bertanggungjawab untuk
memantau pengerakan laman web dan rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter
yang didapati disalahgunakannya (Utusan Melayu, 14 September2010). Tindakan ini
dapat mengelakkan imej negara kita tidak dapat dicemarkan melalui Internet.
Walaubagaimanapun, perkara-perkara masih tidak dapat kita jangkakan, imej perpaduan
negara masih terjejas walaupun langkah-langkah telah dilaksanakan. Imej perpaduan yang terbina dalam negara kita
hancur kerana wujudnya kalangan belia yang tidak bertanggunjawab yang cuba
merosakkan perpaduan yang sedia ada dengan menggunakan internet untuk melakukan
penghinaan terhadap kerajaan dan institusi raja. Sebagai contoh, pada tahun
ini, seorang jurutera yang bernama Chan Hon Keong, 29, dijatuhi hukuman penjara
setahun dan denda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana dia didapati bersalah terhadap
pertuduhan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tiga tahu lalu. Hal ini kerana Chan telah
mengedarkan komen yang berunsur lucah
dan menghina intistusi raja Sultan Perak melalui laman web (Utara News, June
2012).
Jika dipandangkan dari sudut
optimis, kecanggihan teknologi sememangnya telah membawa kamajuan dan perubahan
dalam kehidupan seperti kewujudan telefon-telefon pintar iaitu Blackberry,
Galaxy Tab, iPhone 5 yang terbaru, Samsung Galaxy S3 telah memudahkan kehidupan
seharian. Fungsi-fungsi telefon bimbit berubah dari hanya menerima dan membuat
panggilan sehingga kepada membolehkan belia berkomunikasi dengan orang lain
secara bersemuka dengan aplikasi 3G, menghantar mesej dan video melalui khidmat
"Short Message Service (SMS)" dan "Multimedia Messaging System
(MMS)", mendengar lagu dan menonton
video secara talian serta melayari internet. Di sebaliknya, kecanggihan
teknologi juga menyebabkan masyarakat terutama golongan belia mempunyai
kecederungaan menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial facebook
dan memainkan online games melalui telefon pintar atau komputer. Berdasarkan
kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia
mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para remaja menghabiskan
masa 16 jam seminggu melayari internet. Akibatnya, mereka akan terasing diri
daripada keluarga dan masyarakat serta lebih suka berinteraksi berpandukan
media. Menurut Dr. Jessica Ong Hai Liaw, peralatan teknologi canggih yang
terdapat dalam pasaran seperti Ipad, Iphone dan Galaxy Tab akan menyebabkan
ikatan kekeluargaan semakin renggang dan hubungan sesama kita untuk berjumpa
dan berbual secara bersemuka semakin terjejas .Tambahan pula, hal ini juga
boleh dilihat di sekeliling kita bahawa belia boleh sibuk dengan telefon bimbit
mereka tanpa mengira mana tempat mereka berada. Sebagai contoh, mereka masih memainkan telefon bimbit mereka
walaupun pada masa makan bersama keluarga.
Pada zaman yang moden ini,
teknologi akan turut mengalami perubahan dan evolusi sedangkan ia berlakunya
proses modernisasi di bidang teknologi maklumat. Masayrakat yang hidup pada
zaman ini tidak akan terlepas daripada perubahan dan evolusi. Hal ini boleh
dilihat ke atas teknologi ini tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat
terutamanya golongan belia kerana mereka mempunyai hubungan yang signifikan
terhadap teknologi yang canggih ini. Hal ini kerana belia menggunakan teknologi
komunikasi untuk mempermudahkan urusan mereka dan memperkayakan ilmu
pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan melalui internet. Tambahan pula,
belia juga perlu berusaha mewujudkan budaya penggunaan teknologi yang sihat
dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menggerak pembangunan dan kemajuan
negara kita di samping mengejar arus globalisasi yang semakin pantas di dunia
ini.Walaubagaimanapun, dari pandangan
yang alternatif, bukan semua daripada mereka yang dalam kalangan belia adalah
bijak menapis perkara dengan baik dan buruk. Hal ini kerana ada antara daripada
mereka bersikap naif dan mudah mempercayai orang dengan mudah memberi maklumat
diri yang peribadi seperti alamat maklumat kepada orang yang tidak dikenali di
alam maya.
Kesimpulannya, teknologi boleh
membawa kesan positif atau kesan negatif terhadap kalangan belia. Kewujudan
kedua-dua kesan tersebut adalah bergantung kepada tujuan dan cara bagaimana
pengguna mengaplikasikan teknologi sama ada dengan cara yang betul atau salah
dan sesuai atau tidak sesuai. Internet sendiri tidak boleh membezakan mana yang
benar atau salah. Dengan ini, belia perlu betul-betul menpunyai akal dan
berfikiran waras untuk menilai apa yang boleh lakukan dan apa yang tidak boleh
lakukan melalui teknologi.
Sumber
Harper,C.
(2002). The New Mass Media. New York: Houghton Mifflin Company
No comments:
Post a Comment